Berita

“Saya hanya jual burger dari rumah, macam mana nak bayar saman RM50,000”

Seorang peniaga burger terkilan disaman sebanyak RM50,000 atas kesalahan melanggar SOP tempoh PKP.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.

Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.

“Kami memang berniaga lebih jam 10 malam tetapi gerai burger ini di hadapan tangga rumah dan di dalam kampung serta menerima tempahan kebiasaannya pada waktu malam untuk dijadikan juadah sahur.

“Tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Jadi, kami menyiapkannya untuk dihantar secara ‘COD’ kepada pelanggan serta bukannya ada pelanggan makan di kedai,” katanya lapor Sinar Harian pada.


Menurutnya, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger di gerai di tepi jalan Tanjung Chat berikutan pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.

“Situasi peniaga kecil macam saya tenat sekarang. Kami tidak ada pendapatan lain, pembeli makin kurang kerana tidak dapat keluar.

“Saya cuba berniaga dari rumah dan langsung tidak buka meja makan kerana PKP. Cuma siapkan tempahan pelanggan sahaja, kalau kompaun sampai RM50,000 macam mana nak bayar,” katanya.

Ujarnya, dia merayu kepada supaya tidak dikompaun, namun tetap dikompaun dan terkejut apabila melihat jumlah RM50,000 tersebut.

“Tidak adil bagi kami peniaga kecil yang mencari rezeki. Kami perlukan duit untuk membayar bermacam-macam bil dan menampung kehidupan.

“Berikanlah sedikit kelonggaran kepada kami peniaga yang berniaga pada waktu malam kerana kami bukannya berkumpul beramai-ramai sehingga boleh menyebabkan Covid-19 merebak,” katanya.

(Visited 1,801 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button