Uncategorized

Kami akan kembali!

Kesedihan dan perasaan putus asa sudah tentu dialami oleh sesiapapun ketika berada pada saat kejatuhan.

Lebih-lebih lagi ia berlaku pada waktu yang tidak disangka-sangka.

Mungkin itulah perasaan yang dialami oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Kerajaan Pakatan Harapan yang ditunjanginya itu runtuh tidak sampai dua tahun ditubuhkan.

Lebih memilukan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh kawan-kawan dalam pentabirannya yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama-sama yang lain.


Menurut Hannah, jika semalam dia seolah-olah mengambil sikap berputus asa namun pagi ini dia bangkit dengan semangat yang baharu.

“Semalam saya berputus asa. Hari ini saya bangun dengan resolusi untuk melawan rasuah, penipu dan pengkhianat!

#Kamiakankembali,” kata Hannah.

Harapan untuk Hannah dan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk kembali berkuasa ranap apabila Yang di-Pertuan Agong memutuskan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mendapat majoriti pilihan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi peluang kepada 222 Ahli Parlimen bertemu Baginda untuk memberitahu sendiri Perdana Menteri pilihan mereka.

Malah Al-Sultan Abdullah turut memberi peluang kedua kepada ketua-ketua parti untuk menghadap dan memberikan nama pilihan masing-masing.

Percubaan pemimpin Pakatan Harapan untuk menemui Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga  untuk menyampaikan senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong calon mereka gagal, selepas Al-Sultan Abdullah  membuat keputusan dan perkenan berdasarkan dua peluang yang diberikan kepada semua pihak.-SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button