NasionalPendidikan

Modul pengukuhan pasukan AURORA Based Couseling (ABC) perkasa pasukan UPU KPT

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) berjaya membantu memperkukuhkan semangat kesepaduan kakitangan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)di UPSI Adventure Park ( UAP) baru-baru ini.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim berkata program itu memperlihatkan kesungguhan kakitangan UPU menjalankan pelbagai aktiviti lasak seperti aktiviti tali tinggi, kembara hutan, rafting arus deras, zip line, abseilling dan latihan dalam kumpulan berasaskan Modul AURORA Based Counseling (ABC). Modul yang dihasikan oleh pakar-pakar rekreasi AURORA.

Dr Mazuki Mohd Yasim, (tengah bulatan) memberi taklimat sebelum peserta menyertai sesi rafting arus deras.

Tambahnya, modul program itu juga mengaplikasikan alam sekitar sebagai medium kepada pengukuhan pasukan dengan menerapkan elemen keseronokan, nilai insaniah dan risiko sebagai pendorong untuk peserta terus berani menggalas cabaran.

Sementara itu Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Md Amin Md Taff berkata, UPSI sentiasa mengalu-alukan kedatangan organisasi di seluruh Malaysia yang memerlukan kepakaran UPSI untuk ‘merawat’ pasukan yang memerlukan terapi bagi memperkukuhkan organisasi mereka.

“Selaku universiti nombor satu dalam bidang pendidikan, UPSI sentiasa komited membawa kelainan dalam pendidikan menerusi program pembinaan dan semangat berpasukan yang efektif,” katanya.

Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Norkhalid Salimin Pula menjelaskan, UPSI melalui AURORA sentiasa peka dengan keperluan memperkasakan pasukan dan pelbagai modul bagi merawat masalah organisasi telah dihasilkan oleh UPSI.

UAP, katanya, semakin popular dan menjadi pilihan pelbagai agensi kerajaan menyertai program yang dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pakar dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ).

Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pengajian Tinggi, KPT, Wahi Nordin berkata, UPSI adalah lokasi terbaik untuk melaksanakan program pengukuhan pasukan kerana ramai pakar-pakar yang terlibat menjayakan modul mereka dan hasilnya amat memberangsangkan.

“Pasukan UPU yang berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam mempromosi Jom Masuk IPT di seluruh negara sememangnya memerlukan terapi minda dan fizikal untuk meneruskan misi sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, kesemua kakitangan UPU amat berpuas hati dengan layanan, makanan dan modul program yang amat bertepatan dengan keperluan peserta. – SM

(Visited 623 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button