Politik

Ezam antara empat calon PRM di PRN Selangor

LAMA juga tak dengar nama Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor. Ketika zaman ‘reformasi’ dahulu, nama itu banyak menghiasi penulisan wartawan isu semasa atau politik.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ezam Nor adalah antara empat calon yang akan bertanding pada PRN Selangor.

Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presidennya, S Manikavasagam, Ketua Penerangan, Tan Kang Yap, dan Penolong Setiausaha Agung, Syed Ahmad Putra Syed Isa.

Untuk makluman, hari penamaan calon ialah 29 Julai dan hari mengundi ditetapkan pada 12 Ogos ini.

Ketua Biro Pilihan Raya PRM, Zainol Arif Jamaludin mengumumkan Ezam akan bertanding di DUN N46 Pelabuhan Klang.

Ezam anak jati Selangor kelahiran Klang merupakan Pengasas dan ekas Ketua Pemuda Keadilan (PKR) dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor semasa Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Pengerusinya. Tan Sri Khalid juga pernah menjadi wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang ini.

Manikavasagam  akan bertanding di DUN N48 SENTOSA. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kapar pada tahun 2008-2013 dan merupakan seorang aktivis sosial yang terkenal memperjuang hak rakyat selain  pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Keadilan semasa Ezam menjadi Ketuanya.

Tan Kang Yap akan bertanding di N47 PANDAMARAN. Beliau lulusan Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Malaya, antara tokoh yang sedang meningkat naik dalam PRM. Dalam Kongres PRM yang lalu beliau memperoleh undi tertinggi dalam Pemilihan Parti.
Syed Ahmad Putra Syed Isa akan bertanding di DUN N44 SELAT KLANG. Beliau merupakan pengasas sebuah syarikat konsultan yang terkenal di Klang sejak lebih 20 tahun lalu.Beliau juga pernah berkhidmat dalam kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.  Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Selangor di era Reformasi.

“Biro Pilihan Raya PRM sedang meneliti lebih 10 calon lagi untuk PRN Selangor antara yang akan menjadi calon PRM adalah seorang tokoh reformasi terkenal.

“Satu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan penyertaan tokoh ini dalam waktu terdekat,” kata Zainol Arif dalam kenyataan. – SM

BACA Ezam Mohd Nor katak lompat nombor satu negara- kata Khairuddin

BACA Ezam serah borang mohon kembali ke pangkuan PKR

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button