Hiburan

“Tak payahlah Dengar Cakap Netizen, Mereka Sudah Minta Maaf!” – Amar Baharin

PELAKON, Amar Baharin berpegang pada prinsip untuk tidak menghiraukan pendapat netizen dan hanya membuat sesuatu perkara itu atas urusan kerja dan orang yang berurusan dengannya sahaja.

 

Mengulas mengenai isu hangat yang terjadi pada rabu lepas berkenaan video lawak lucah yang tular di internet melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, Amar mengatakan bahawa dia akan bersikap jujur dan memohon maaf jika perkara itu terjadi kepadanya.

 

“Saya akan jujur dengan diri sendiri dan jika saya salah saya akan meminta maaf,” katanya.

 

Tambahnya, Fauzi Nawawi hanya menceritakan pengalaman-pengalaman yang pernah terjadi kepadanya dalam program tersebut.

 

“Apa yang Abang Fauzi nak ceritakan adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dan benda itu sudah terjadi kerana kemungkinan Abang Fauzi bercerita benda yang dia dah buat sebelumnya,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Amar mengatakan bahawa netizen tidak dapat menerima cara Fauzi Nawawi bercerita dengan cara yang terlalu terbuka.

 

“Saya pun tidak tahu kerana saya tidak melihat video tersebut sampai habis, tapi saya tengok yang dia komen pasal kejadian yang pernah jadi.

 

“Jadi mungkin netizen tidak boleh terima dengan cara dia bercerita tu terlalu bersikap terbuka sangat,” ulasnya.

 

Amar juga berkata bahawa netizen tidak wajar menghukum hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan buat pertama kali lebih-lebih lagi jika orang tersebut sudah mengakui kesalahannya dan sudah meminta maaf.

 

“Dia pun dah minta maaf. Jadi tak payahlah nak dengar 100 peratus cakap netizen,” ucapnya.

 

Tambah Amar ketika ditanya mengenai persediaannya untuk memulakan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati setelah beberapa bulan tertangguh, dia mengakui bahawa banyak perubahan berlaku pada badannya.

 

“Selama beberapa bulan di rumah, saya banyak melakukan pelbagai aktiviti di rumah dan banyak melakukan senaman menyebabkan adanya perubahan ketara dengan badan saya,” ujarnya.

 

Selain Amar Baharin, drama Hati Yang Dikhianati turut dibintangi oleh Isyariana, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, dan ramai lagi.

 

Drama ini akan kembali disiarkan bermula hari ini, 22 Oktober pada pukul enam petang di saluran Astro Prima, setiap hari Isnin hingga Jumaat. – SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button