Politik

Kalau hudud dilaksana, rakyat potong tangan, menteri potong kuku

ISU melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman yang tidak menjalani kuaranti wajib selepas pulang dari luar negara terus menjadi bahan sindirian ahli politik pembangkang.

Terbaharu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kecewa kerana dua set undang-undang dikenakan satu terhadap rakyat dan satu lagi terhadap menteri.

Syed Saddiq yang kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 dirumahnya awal tahun ini sehingga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyindir, adakah hukuman hudud juga akan berbeza kepada rakyat dan menteri jika dilaksanakan.

“Rakyat biasa yang langar kuarantin, didenda RM12,000 dan dipenjara sampai 5 bulan. Bila melibatkan menteri, ‘undang undang’ lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.

“Kalau Hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku (potong gaji) sahaja. Mengarut,” ciap bekas menteri belia dan sukan itu di Twitternya.

Syed Saddiw mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa isu membabitkan Mohd Khairuddin tidak lagi penting.

Ini kerana Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS tidak mencetuskan sebarang kluster Covid-19.

“Dia ini tak ada kluster bukan ada kluster… dia ikut swab test semua tu… dia bayar kompaun… bukan ada kluster dia.
“Dia ini (sudah) didenda dan (melakukan) pengorbanan (dengan) dia tolak semua gajinya (selama empat bulan)… sepatutnya tidak jadi isu… baik kita tumpu pada yang ada kluster,” kata Tuan Ibrahim kepada media hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Khairuddin sudah di kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai.
Kompaun itu dikenakan kerana Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan beliau juga sudah membayar kompaun berkenaan.
Mohd Khairuddin juga telah meminta maaf atas kesilapan yang dia lakukan. Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab, beliau memulangkan semua gaji sebagai menteri untuk bulan Mei hingga Ogos 2020.
Gaji tersebut disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.-SM
(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button