Nasional

UPSI Holding Sumbang RM500,000 Untuk Penyelidikan Plat UG

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) menerima cek berjumlah RM500, 000 daripada UPSI Holdings Sdn Bhd sebagai tanda usaha sama bagi menjalankan Dana Penyelidikan UPSI Holdings Sdn Bhd (UHSB) bagi Plat Kenderaan UG.

Cek disampaikan oleh Pengurus Besar UHSB, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail kepada Prof. Dato’ Canselor UPSI, Dr. Md Amin Md Taff, Naib di Dewan Konvensyen E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah semasa Program Santun Ahli Jawatakuasa Pengurusan Universiti ( JKPU) bersama Jabatan Bendahari dan Wezas berlangsung.

Dr Ramlee ( empat dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Prof Datuk Dr Md Amin.

Yang hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),Prof. Dr. Marzita Puteh; Tmbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin; Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mahamed; Penasihat Undang- undang, Mejar (B) Mohd Ramli Othman, Penasihat Undang-Undang dan Prof. Madya Dr. Suriani Abdul Hamid, Penolong Pengurus Besar UHSB.

Menurut Md Amin , UPSI Holdings Sdn Bhd memperlihatkan pencapaian yang hebat dan bangkit selepas seluruh dunia berlaku pandemik Covid-19.

“Kegagalan dahulu adalah kejayaan yang tertangguh buat anak syarikat dan kini UHSB berada di landasan yang betul mengorak langkah lebih baik,” katanya.

Pendekatan strategik UHSB, katanya, memberi peluang anak syarikat UPSI itu menjana dana yang memberi manfaat kepada universiti.

Beliau berharap orang ramai dapat bersama-sama mendapatkan nombor plat kenderaan UG dalam usaha meningkatkan penyelidikan di UPSI.

(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button