NasionalNegeri

Beli harumanis dalam talian lebih mudah

TINGGAL di mana sahaja di Malaysia, masih boleh menikmati buah ikon Perlis, mangga harumanis yang kini sedang hangat dipasarkan.

Kalau tidak dapat terus ke ladang di Perlis di bulan puasa ini, buatlah pengedaran secara online, ia sudah menjadi trend sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Othman berkata, pelanggan boleh membuat pembelian online melalui platform Maybank2u, Aplikasi AirAsia atau http:airasia.com/grocerer/my, Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Agro Bazaar Online serta Portal e-bayar Perlis.

Platform online tahun ini juga ditambah baik dengan kerjasama Maybank di bawah Program Sama-Sama Local.

Katanya, Syarikat Air Asia Grocer juga memperluaskan pasaran Harumanis sehingga ke Singapura kali ini.

“Sebelum ini Air Asia pasarkan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau juga memberi peringatan supaya merujuk panduan mengenali Mangga Harumanis Perlis.

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kiri) berkenan melancarkan Festival Mangga Harumanis sambil disaksikan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan), Azlan Man (kiri sekali) dan Nor Aswana Omar pada di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang, Jalan Sungai Batu Pahat, Perlis baru-baru ini.

“Ini untuk menggelak orang ramai dari tertipu selain membeli dengan penjual yang diiktiraf oleh Jabatan Pertanian,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini pengeluaran mangga harumanis dianggar 1,427 tan metrik dengan nilai jualan RM38.53 juta.

“Pihak jabatan juga sekali lagi tahun ini menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat perkhidmatan kurier Pos Malaysia, City-Link Express, GDEX dan Line Clear Express bagi memastikan harumanis dapat dibeli di seluruh negarq,” katanya.

Pelancaran Festival Mangga Harumanis telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang, Jalan Sungai Batu Pahat, Perlis.

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob. – SM

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button