Luar Negara

Selepas Superman di’gay’kan, kini Santa Clause mengalami nasib sama

BUDAYA normalisasi budaya songsang LGBT diterapkan dalam element perayaan Krismas yang disambut oleh umat Kristian.

Salah satu watak yang menonjol dalam perayaan itu, Santa Clause kini adalah seorang gay dalam satu iklan yang disiarkan di Norway.

Iklan yang dihasilkan oleh syarikat pos yang dimiliki oleh Kerajaan Norway, Posten mengambarkan hubungan Santa Clause dengan seorang lelaki bernama Harry.

Filem empat minit berjodol ‘When Harry met Santa’ yang diadaptasi daripada filem komedi romantik ‘When Harry Met Sally’ memaparkan Santar menghantar hadiah ke rumah lelaki tersebut.

Dalam babak terakhir, filem itu memperlihatkan agedan Santa dan lelaki berkenaan bercium.

“Tahun ini semuanya tentang cinta – menyerlahkan fakta bahawa 2022 menandakan ulang tahun ke-50 mengakhiri diskriminasi terhadap golongan homoseksual di Norway,” kata Posten dalam satu kenyataan.

“Selain menunjukkan fleksibiliti perkhidmatan kami, kami mahu meletakkannya dalam suasana yang relevan dari segi sosial,” katanya.

Beliau berkata, iklan itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Superman

Sebelum ini watak adiwira kegemaran ramai Superman turut mengalami nasib yang sama apabila dipaparkan sebagai gay dalam terbitan baharu keluaran DC Comics.

Jonathan Kent merupakan anak kepada adiwira Superman asal iaitu Clark Kent dan Lois Lane.

Watak adiwira itu akan memulakan hubungan sesama jenis dengan rakan lelakinya dalam dalam edisi Superman: Son of Kal-El # 5, yang akan dipasarkan pada bulan ini.-SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button