Politik

Manifesto PN akan bawa perubahan besar di Melaka – Muhyiddin

Manifesto Perikatan Nasional “Ikrar PN Untuk Melaka” dengan moto “Prihatin Rakyat: Melaka Bangkit Gemilang” akan membawa perubahan besar kepada pendekatan pentadbiran negeri Melaka.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, manifesto tersebut bertunjangkan nilai integriti dan ketelusan dengan jaminan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi nadi dan keutamaan.

“Jika dipilih menerajui kerajaan selepas 20 November ini, saya berjanji akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan yang dianggotai anak jati Melaka daripada golongan profesional dan berpengalaman bagi memastikan tawaran ikrar Pilihan Raya Negeri Melaka ini dipenuhi.

“Saya yakin Pilihan Raya Negeri Melaka ini akan digunakan sebaiknya oleh rakyat untuk membetulkan keadaan dengan mengambil langkah berani melakukan perubahan dan memilih Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang baharu, insya-Allah,” katanya.

Munyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, manifesto yang ditawarkan kepada rakyat Melaka itu bersifat inklusif dan menyeluruh.

Dengan tema Prihatin Rakyat: Melaka Bangkit Gemilang, Ikrar Perikatan Nasional itu berteraskan 6 tunjang utama, berpacukan 11 strategi dan berlandaskan 74 pendekatan.

Katanya, manifesto tersebut bakal melakar sejarah baharu kepada rakyat Melaka.

Manifesto berkenaan berpaksikan kepada Keutuhan Ekonomi, Keprihatinan Kepada Rakyat, Kerancakan Sektor Pelancongan Kelestarian Alam Sekitar, Kecekapan Infrastruktur dan Keteguhan Dan Kejujuran Pentadbiran.

“Kesemua tunjang ini akan menjadi paksi dalam memastikan setiap aspek keperluan rakyat diberi perhatian dan tiada golongan dipinggirkan daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat negeri Melaka,” katanya.-SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button