JenayahNasionalNegeri

Polis Kangar lupuskan ketum, air ketum bernilai RM175, 090

BAHAGIAN Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar telah melakukan pelupusan barang kes ke atas 8, 264 kilogram daun ketum dan 5, 113 liter cecair ketum yang kesemuanya bernilai RM175, 090.

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kesemua barangan kes mengikut Akta Racun 1952 ini telah selesai perbicaraan dan tempoh rayuannya juga telah tamat.

Yusharifuddin menggunakan jentera bagi menimbus bahan kes iaitu daun ketum. – Gambar Ihsan IPD Kangar

Beliau berkata, pelupusan barang kes ini juga setelah diberi arahan oleh pihak mahkamah.

“Daripada barang kes ini, ia telah melibatkan sebanyak 284 kertas siasatan yang telah selesai bicara dan telah dijatuhkan hukuman di mahkamah dari tahun 2012 hingga 2023,” katanya dalam siaran media petang ini.

Yusharifuddin Mohd Yusop

Yusharifuddin berkata, pelupusan ini dilaksanakan secara kaedah tanam
timbus yang telah mendapat kebenaran dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis.

Katanya, BSJN IPD Kangar juga akan sentiasa menjalankan risikan yang rapi dan profesional dalam mengesan pelbagai aktiviti yang melibatkan kes ketum.

Katanya, para pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan rapi dan telus sehingga suspek dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal.

“Berdasarkan Akta Racun 1952, mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali berbanding RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali sebelum ini. – SM

BACA 360 bungkus air ketum dirampas sebelum COD

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button