Jenayah

Lelaki guna mercun rompak tukang emas, gagal

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki membakar mercun untuk mengalih perhatian orang ramai sebelum cuba menyamun kedai tukang emas di sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini malam tadi.

Bagaimanapun, penduduk tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas polis menerima panggilan daripada orang awam pada 10 malam, kata ketua polis daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar.

“Siasatan awal kami mendapati lelaki tidak bersenjata itu membakar mercun di tengah pasar raya, kemudian masuk melalui pintu hadapan kedai barang kemas apabila rolling shutter ditutup separuh dan menuju ke peti besi di bahagian belakang.

“Lelaki itu turut menumbuk pengurus kedai itu, menyebabkan dia cedera di muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek mempunyai tujuh rekod membabitkan enam kes samun dan satu kes curi kenderaan.

 

 

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button