Nasional

Lima rakyat Malaysia di Gaza selamat, akan dipindahkan

Terdapat lima orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Gaza susulan pertempuran antara Israel dan Hamas ketika ini namun semua mereka dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dengan berkata, lima individu itu termasuk seorang ibu bersama tiga orang anaknya.
Seorang lagi katanya, adalah doktor, Nurul Ain Latif, berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang telah berkahwin dengan warga Palestin.
“Mereka berada di tempat yang selamat. Kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses pemindahan untuk Dr Nurul Ain.
“Sehingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina untuk mengeluarkan keluarga ini bersama dengan lapan warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – SM
(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button