Pendidikan

Hasil Panjat Bukit Setinggi 20 Meter, SKMM Hadiahkan Menara Pemancar Mini di Tanah Merah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju menyediakan menara pemancar mini dan menambahbaik pemancar berdekatan Kampung Bukit Petai 7, Tanah Merah, Kelantan.

Penambahbaikkan kualiti liputan internet ini bertujuan untuk dimanfaatkan para pelajar yang berdepan masalah internet dan komunikasi di rumah mereka.

Hal ini susulan isu seorang pelajar Universiti Malaya, Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20, yang menghadapi kesukaran untuk mendapat liputan internet bagi menghadiri sesi pembelajaran atas talian.

Sebelum ini, Nurlieda perlu mendaki bukit setinggi 20 meter ekoran kawasan rumahnya yang agak jauh dari lokasi stesen pemancar sedia ada.

SKMM turut mencadangkan Kemudahan Pusat Internet Komuniti (PIK) di Kusial Bharu yang terletak 3.5km dari rumah Nurlieda dimanfaatkan agar tidak membahayakan dirinya.

Memetik kenyataan SKMM, inisiatif untuk menambahbaik kualiti liputan internet di kampung berkenaan dijangka dapat dijalankan menjelang Januari 2021.

Disamping itu, pelajar yang menghadapi kesukaran mendapatkan liputan yang baik untuk pembelajaran secara dalam talian turut digesa untuk memanfaatkan kemudahan PIK yang terdapat di 873 lokasi di seluruh negara.

“Sebanyak 20 unit komputer, liputan Wifi dan ruang berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pengguna disediakan disamping diselia oleh petugas sepenuh masa.

“Pengkhususan bilik latihan yang selesa dan kondusif untuk kegunaan pelajar-pelajar yang perlu mengambil peperiksaan dalam talian juga disediakan oleh pengurus PIK,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, bapa kepada Nurlieda, Mohd Azmi mendirikan khemah di lokasi yang sama sebagai inisiatif untuk anaknya supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button