Politik

Pesta dadah: Syed Saddiq nafi terlibat

Terdapat spekulasi mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terlibat dalam pesta dadah.

Beliau dikatakan hadir ke pesta dadah di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan ketika serbuan polis di sana.

Dakwaan tersebut dibuat apabila kenderaan yang digunakan Syed Saddiq dikatakan berada dekat rumah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dikatakan terselamat apabila sempat keluar sebelum polis menyerbu kondominium terbabit.

Namun, Ahli Parlimen Muar itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan beliau hadir ke pesta dadah tersebut.

Menurut Syed Saddiq, tuduhan yang tular dalam aplikasi Whatsapp itu didapati sebagai satu cubaan memburukkan nama baik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.

[BACA ARTIKEL] Siasatan kes dadah: Syed Saddiq gantung pegawai — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Ahli Bersatu terlibat dadah akan dikenakan tindakan – Dr Mahathir — Suara Merdeka

“Pada 20 Januar 2020, saya dimaklumkan berkenaan penularan berita tidak benar membabitkan saya sendiri.

“Dalam artikel yang diterbitkan oleh Johor Press pada 17 Januari bertajuk ‘Syed Saddiq sebenarnya ada di parti dadah tetap…’ ia menerbitkan berita tidak benar dan memburukkan nama baik saya,” katanya.

Dakwaan terdapan cubaan lobi projek besar

Tambah beliau, berita tersebut turut tular di portal-portal lain juga mendakwa terdapat cubaan melobi projek-projek besar di kementeriannya.

“Saya ingin menegaskan kandungan itu tidak benar sama sekali. Malah dakwaan aca cubaan melobi projek besar adalah salah dan menjejas nama baik kementerian,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu tahap kecemerlangan integriti kementeriannya adalah yang terbaik.

[BACA ARTIKEL] Pemimpin PH terlibat dadah: Muhyiddin jamin tidak campur tangan — Suara Merdeka

“Sejak saya menjadi menteri, saya ingin menekankan bahawa pencapaian di dalam Carta Korupsi Perkhidmatan Awam (PSCR) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semakin cemerlang.

“Kementerian berjaya memperbaiki tangga dari lapan kementerian paling berisiko rasuah kepada tangga 16 paling kurang risiko rasuah dan salah laku,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata akan membuat laporan polis dan merujuk kepada tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menyebarkan berita tidak benar.

ADUN Dengkil nafi

Terdahulu, Adhif Syan menafikan beliau ditahan polis akibat terlibat kes dadah di sebuah kondominium.

[BACA ARTIKEL] ADUN Dengkil Adhif Syan nafi ditahan polis — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] KPN sahkan 17 individu ditahan, tapi tak sebut ADUN Dengkil — Suara Merdeka

Ketika serbuan, dilaporkan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi.

Beliau bagaiamanpun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. – SM

(Visited 578 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button