Politik

UMNO sudah mula mendukung biawak hidup!

SELEPAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi Putusan Khas Covid-19 yang disiarkan secara langsung termasuk melalui Facebook beliau lewat petang semalam, bertebaran kata-kata kutukan dilemparkan ke atas Muhyiddin.

Kutukan itu sekali gus, tempiasnya kena pada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin.

Pagi ini, SUARA MERDEKA kongsikan catatan seorang ahli akar umi UMNO yang menzahirkan pandangan peribadi beliau ke atas kenyataan/perutusan Muhyiddin semalam.

Kata penulis ini, Gulam Muszaffar, Bahagian Batu WP, UMNO sudah mula mendukung biawak hidup!

Kenapa saya berkata begitu, sebab rintihan, maklum balas, tidak puas hati, cercaan, kutukan dan pelbagai lagi lontaran negatif terhadap kerajaan PN.

Lebih-lebih lagi selepas pengumuman YAB PM Abah jam 6 pm semalam. Kalau tidak percaya tengok SOCMedia (media sosial) dari pukul 8 sehingga 10 malam, semuanya negatif.

Secara jujur bagi saya, satu pengumuman yang kosong, membazir, tidak bermakna dan tiada apa yang perlu diberi perhatian kecuali ayat rotan.

Ramai rakyat terutamanya ibu bapa tertunggu-tunggu adakah sesi persekolahan akan ditutup sementara waktu dalam keadaan Covid-19 yang menggila. Malah sudah terdapat kes kematian seorang bayi di Sabah. Nyawa anak-anak kita berada dalam keadaan bahaya.

Rakyat amat faham Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dilakukan demi kelangsungan hidup tetapi sekolah bukan tempat mencari untung atau rezeki. Kenapa tidak ditutup demi keselamatan anak-anak kita?

Dalam hal ini, tak semena-mena, natijahnya UMNO juga terkesan seperti kita mendukung biawak hidup. Kita UMNO yang tolong TSMY utk jadi PM, sekarang kita pula dibebani dengan ketidakcerdikan dan ketidakcekapan kerajaan PN yang diterajui oleh Abah.

Apabila susah cari UMNO, bila sudah senang cuba bunuh UMNO, yang untung depa, yang rugi kita. – SM

(Visited 539 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button