fbpx
NasionalPolitik

Kadar tol lebuh raya WCE diwarta

JABATAN Peguam Negara hari ini mengeluarkan Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Warta tersebut dinamanakan sebgai Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (Taping-Banting)) 2020.

Berdasarkan warta tersebut, kadar tol yang dikenakan adalah berkuat kuasa hari ini dan kerja kutipannya diserahkan kepada syarikat West Coast Expressway Sdn. Bhd..

Sementara tempoh tamat konsesi kutipan tol pula pada 19 Disember 2063.

[BACA ARTIKEL] Plaza Tol Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat diwarta – Suara Merdeka

Harga tol dikenakan pula berdasarkan sistem lebuh raya tertutup meliputi lapan buah plaza di sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor sehingga ke Taping, Perak.

Kadar tol yang ditetapkan adalah serendah RM2 bagi kategori kenderaan kelas satu dari Sitiawan ke Kampung Lekir.

Bagi pemandu menuju ke Teluk Intan dari Hutan Melintang pula perlu membayar RM2.90 bagi ketegori yang sama.

Namun, pengeluaran warta tersebut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mempersoal janji kerajaan untuk memansuhkan kutipan tol.

“Walaupun kuasa sudah diberi untuk mula mengutip, ianya terpulang kepada syarikat konsesi lebuhraya tersebut untuk tetapkan tarikh mereka akan mula kutip tol.

“Eh, bukan tol akan dihapuskan seperti dijanji PH? Kenapa nak wartakan dan tetapkan kadar tol baru pulak?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status Facebooknya yang baharu dimuat naik malam ini yang turut mendapat reaksi lebih 5,000 pengguna dan dikongsi lebih 370 kali.

Reaksi netizen

Dalam pada itu, netizen yang memberi maklum balas terhadap posting dalam Facebook Najib Razak rata-rata menzahirkan kekecewaan terhadap kerajaan.

“Janji hapuskan tol. Highway baharu kena tol baharu. PLUS milik kerajaan hendak jual, masih ada tol. Lebuh raya kerajaan hendak beli dari Gamuda, masih ada tol,” komen Uda Salleh.

“Mereka akan cakap tol ini dirancang masa Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu. Kami tukang rasmi lebuh raya sahaja,” ulas Hafiz Hussim.

“Sebelum menang berjuang hapuskan tol. Tetapi bila berkuasa, laksanakan tol juga, bukankah tol lol namanya,” luah Nasarudin Shamsudin. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button