Ekonomi

Kadar Pinjaman Dan Pembiayaan Akan Dinaikkan Bermula Jumaat – Maybank

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, Kadar Asas (BR) akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala kadar Pinjaman Asas (BLR) akan dilaras daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

Begitu juga, katanya Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas masing-masing daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

“Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022,” katanya.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila ia dikurangkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 1.75 peratus setahun berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama.

(Visited 758 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button