fbpx
Luar Negara

Kadar pengangguran di Korea Selatan meningkat ke paras tertinggi

JUMLAH pengangguran di Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi pada Mei sejak 10 tahun lalu, akibat penularan COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

Kadar pengangguran berada pada paras 4.5 peratus, tertinggi sejak Januari 2010, menurut data dikumpulkan Statistik Korea.

Jumlah mereka yang bekerja menurun sebanyak 392,000 kepada 26.93 juta penurunan selama tiga bulan berturut-turut.

Kadar pekerjaan golongan belia – berumur antara 15 hingga 29 tahun – menurun 1.4 mata peratusan pada 42.2 peratus bulan lalu.

Jumlah pekerja sementara pula menurun sebanyak 501,000 pada bulan yang sama.


Sektor borong dan runcit kehilangan 189,000 pekerjaan, perkhidmatan penginapan dan makanan menyaksikan penurunan sebanyak 183,000. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button