KesihatanNasional

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 meningkat

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian di negara ini mencatatkan peningkatan kepada 0.88, berbanding nilai 0.87 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi infografik dikongsi beliau di Twitter menunjukkan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu masing-masing 1.00.

Beberapa negeri lain juga mencatat Rt melebihi nilai purata iaitu Putrajaya dan Melaka (masing-masing 0.97), Selangor (0.95), Sabah (0.92), dan Kedah (0.90).

Lapan negeri mencatatkan tahap Rt pada dan di bawah 0.88 iaitu Johor (0.88), Terengganu dan Kelantan (masing-masing 0.86), Pulau Pinang (0.83), Pahang (0.82), manakala Perlis, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan angka 0.81.

Sementara itu, Labuan hanya mempunyai tujuh kes baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,666 jangkitan Covid-19 semalam.

Jumlah jangkitan kini adalah 2,431,716 dengan 75,947 kes aktif. Daripada jumlah itu, 303 sedang menerima rawatan intensif dan 300 memerlukan bantuan pernafasan. – SM

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button