fbpx
Jenayah

Kadar jenayah turun semasa PKP, PKPB

KADAR jenayah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 84 hari mencatatkan sebanyak 10,134 kes sahaja.

Jumlah tersebut menurun sebanyak 8880 kes berbanding 84 hari sebelum PKP dan PKPB dikuatkuasakan iaitu sebanyak 19,014 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, jumlah tersebut menunjukkan penurunan kes yang amat ketara.

“Rekod tersebut dicatatkan bermula 18 Mac hingga semalam.

“Jumlah tersebut menunjukkan bahawa kita berada dalam keadaan yang selamat sepanjang tempoh PKP dan PPKB dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.


Menurut Huzir, dalam tempoh 84 hari itu juga, pihaknya telahan menahan 26,366 orang atas pelbagai kesalahan.

Jelasnya, 20,720 orang telah dituduh di mahkamah di seluruh negara.

“10,875 orang telah dikompaun atas kesalahan melanggar PKP dan PKPB seperti ziarah Aidilfitri dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button