Nasional

Lelaki jadikan perhentian bas sebagai ‘rumah’

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 22 April – Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi seorang lelaki akan menyambutnya di perhentian bas di Taman Nirwana, Batang Tiga dekat sini.

Perhentian bas itu dijadikan tempat berteduh dan melelapkan mata buat Zamri Mustafa, 30, sejak lebih empat bulan lalu.

Dia tiada pilihan menjadikan perhentian itu sebagai tempatnya menginap kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah kerana ketiadaan pekerjaan tetap.

Ekoran desakan hidup lelaki berkenaan sanggup menjadikan perhentian bas sebagai tempat berteduh dan bermalam sejak empat bulan lalu.

Dia yang tidak bekerja mengharapkan ihsan daripada orang ramai yang datang membeli-belah di sebuah pasaraya berhampiran di samping sumbangan daripada penduduk di Taman Nirwana.

Perhentian bas tersebut ditutup daripada bahagian depan, beralaskan karpet sebagai ganti tilam serta menggantung baju serta kasut di kawasan tersebut.

Menurutnya, dia lebih selesa tinggal di bas perhentian itu walaupun pandangan masyarakat melihatnya sebagai menjijikkan.

“Saya tidak mampu menyewa rumah kerana sukar untuk mendapat kerja. Dulu kerja sekejap bersih sampah
selepas itu tidak lagi.

“Saya tumpang sementara di perhentian bas ini untuk saya dapat melepaskan penat dan bermalam.

“Orang ramai ingat saya ni penagih dadah tetapi sebenarnya tidak, cuma kehidupan saya miskin tidak ada wang nak dapat kerja pun susah,” ujarnya di sini semalam.

Zamri berkata, dia sukar mencari pekerjaan kerana ada pihak yang enggan menerimanya melihat keadaan dirinya tidak terurus dan hidup sebagai gelandangan.

Katanya, dia rela bekerja apa sahaja walaupun menerima gaji kecil semata-mata ingin mencari rezeki menyara hidupnya.

Dia yang berasal dari Batang Tiga dekat ini berkata, dia keluar dari rumah ibu bapanya selepas bertengkar dengan adik lelakinya.

“Saya tidak diterima keluarga dan saya mula menjadi gelandangan dengan hidup berpindah-randah di sekitar Klebang,” ujarnya.

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button