Hiburan

“Hafidzah, Saman RM3 Juta Ke Atas Saya Jangan Buat Pro Bono Yer” – Awal Shaari

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menulis di dalam Instagramnya bahawa dia ‘merayu’ saman RM3 juta yang dikenakan ke atasnya tidak dibuat secara pro bono.

‘Rayuan’ itu ditujukan kepada peguam sivil kontroversi, Hafidzah Hassan, yang dilabelkan sering menumpang kes popular atau melibatkan selebriti.

Ujar Awal dalam perkongsiannya, Hafidzah ada memetik nama Awal jika membuat sesuatu posting kononnya mewakili client dengan motif menumpang populariti.

Maka dengan itu, disebabkan nama Hafidzah melonjak naik dan hangat diperkatakan, Awal memohon untuk ‘menepek’ nama Hafidzah bagi tujuan yang serupa.

“Sekarang awak dah terkenal. Izinkan saya pula tumpang glamour awak. Cuma lepas ini janganlah awak guna posting ini untuk awak charge saya fitnah awak pula.

“Sebab awak glamour sebab tindakan awak sendiri, saya cuma nak menumpang glamour awak sahaja. Saya repost sahaja apa yang awak pernah post pasal saya,” tulis Awal.

@suaramerdekamy

Kata Awal, kes saman RM3 juta ke atasnya Hafidzah toksahlah buat secara Pro Bono. Nak kena cari duit juga untuk hidup!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Pesan Awal lagi, dia juga berharap tindakan Hafidzah tidaklah dibuat secara pro bono.

“Saya harap kes saman saya RM3 juta itu awak tak buat pro bono jugalah. Sekurang-kurangnya kenalah buat duit jugak nak sara hidupkan. Menari dekat TikTok tak dapat duit,” komennya.

Menerusi perkongsian yang sama, Nabila Huda turut meninggalkan komen yang mendapat pelbagai reaksi peminat.

“Kau dah terkenal dik.. kau kena hadapi dengan kuat.. nah mini love untuk kau dik,” ujar Nabila Huda.

(Visited 2,228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button