Hiburan

Kerjalah Wani sayang oi, nak harap bantuan sampai bila? – Aliff Syukri

KECOH petang tadi selepas seorang usahawan kosmetik didakwa cuba mengambil kesempatan dan menganiaya seorang gadis semata-mata untuk menjual produk jualannya.

Terkesan dengan pendedahan tersebut, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap pendedahan yang dilakukan Wani Comel petang tadi sebagai tindakan yang sengaja ingin menjatuhkan dirinya.

Malah, Alif turut mendedahkan yang dia sudah memberitahu hal berkenaan pembedahan bariatic (perut) yang dilakukan Wani menerusi akaun Facebook miliknya pada 19 Ogos tahun lalu.

“Saya dah lama beritahu berkenaan dengan pembedahan Wani. Benda dah lama, kenapa baru nak cerita? Lain kali kalau nak kenakan orang, buat kajian habis-habis, jangan separuh jalan.

“Ini saya cerita sedikit sahaja. Nak tahu lebih lanjut kerna tunggu isnin ini berkenaan apa tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tak habis-habis nak ambil kesempatan menjatuhkan saya,” katanya yang bercadang membuat pendedahan pada Isnin depan kira-kira pukul 2 petang.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, tampil membuat sidang akhbar pada petang tadi selepas merasakan dirinya dianiaya oleh Aliff.

Malah menurut Wani, dia hanya mendapat bayaran kurang daripada seribu ringgit selepas dilantik menjadi duta kepada produk pelangsing badan yang dijual ushawan tersebut.

Jumlah itu dakwa Wani adalah terlalu sedikit berbanding bayaran yang dijanjikan sebelum itu iaitu sebanyak RM3,000 sebulan dan beberapa lagi habuan yang lain.

Jelas Wani lagi, dia juga telah menderita sakit di bahagian perut selepas makan ekoran daripada pembedahan yang dilakukannya itu.

Dalam pada itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada Wani dan meminta gadis itu supaya bekerja dan mencari rezeki.

“Awak (Wani) nak saman saya? Kerjalah adik wani sayang oii, dah boleh jalan carilah rezeki.

“Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila???” katanya.

Jelas Alif, dia juga menanggung semua rawatan pembedahan termasuk membayar jurulatih terapi kaki serta menanggung makan dan tempat tinggal gadis itu.

Tambahnya, dia turut merasakan ada seseorang yang cuba menghasut Wani hingga keadaan menjadi sebegini. -SM

(Visited 5,035 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button