Ekonomi

SC kesan percanggahan profil kelayakan, pengalaman bekas CEO PNB

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengesan terdapat percanggahan dalam serahan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (PGCE) Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dalam satu kenyataan, SC berkata, telah memohon penjelasan daripada pihak yang berkenaan mengenai percanggahan tersebut namun maklum balas PNB berhubung pertanyaan SC masih belum diterima.

PNB sebagai pemegang CMSL dikehendaki memastikan semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan bagi bekas PGCEnya adalah benar dan tepat selepas ia melaksanakan pertanyaan ketekunan sewajarnya.

“Ini termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan.

“Keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan. Sehubungan ini, syarikat berkenaan telah membuat pengisytiharan kepada SC bahawa semua maklumat yang diberikan dalam serahannya kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya adalah benar dan tepat,” kata SC.

Jalil Rasheed meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan tiga hari lalu.

Jalil 38, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd yang baharu pada 1 Oktober 2019 ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau  menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang kontraknya tamat pada 30 September 2019.

Pelantikan Jalil pada waktu itu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda dalam sejarah PNB sejak ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Pelantikan beliau mengundang kontroversi apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tidak mengetahui tentang pelantikan beliau dan tidak mendapat sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.-SM

 

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button