Nasionalpilihan

Program pembangunan F3M berjaya lahirkan pemilik francais daripada golongan B40 dan M40

PROGRAM Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M) yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah mula menunjukkan kejayaan dalam membantu melahirkan pemilik francais daripada golongan B40 dan M40.

Kejayaan ini juga sekaligus telah berjaya menempatkan golongan ini dalam arus pembangunan industri francais serta mengikis persepsi bahawa francais merupakan perniagaan ‘kayangan’ kerana memerlukan modal yang besar.

Pelaksanaan F3M juga merupakan komitmen KPDNHEP dalam usaha meningkatkan penglibatan golongan B40 dan M40 dalam industri francais bukan sekadar sebagai pekerja di outlet francais tetapi sebagai pemilik kepada jenama terkenal francais tempatan.

Lawatan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol bin Wahid, ke outlet Global Art Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor dan pertemuan dengan pemilik outlet iaitu Cheong Shu Qi yang merupakan golongan B40 adalah bagi mengetahui perkembangan terkini pengoperasian outlet francais di bawah pelaksanaan F3M.

Outlet Global Art Damansara Perdana merupakan salah satu outlet francais yang dilahirkan oleh KPDNHEP melalui inisiatif pemberian Geran Padanan (Matching Grant) di bawah pelaksanaan Program F3M. Global Art merupakan jenama francais tempatan bertaraf antarabangsa yang telah mempunyai 168 outlet dalam negara dan 493 outlet di luar negara. Sehingga kini, Global Art telah berkembang ke 21 negara antaranya Indonesia, Vietnam, Hong Kong, India, Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Inisiatif F3M yang diperkenalkan pada tahun 2021 dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik dalam negara serta membantu meningkatkan kualiti hidup golongan B40 dan M40 untuk menjana pendapatan.

Program F3M yang dilaksanakan ini bukan sahaja memberi peluang kepada francaisor mengembangkan jenama francais mereka, tetapi juga dapat melahirkan lebih ramai pemain industri francais khususnya di kalangan generasi muda M40 dan B40 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran.

KPDNHEP amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program F3M dan pencapaian penerima geran yang berjaya membuka perniagaan francais di bawah inisiatif ini. Adalah diharapkan agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan Program F3M ini untuk jangka masa panjang bagi melahirkan lebih ramai lagi pemilik perniagaan francais pada masa hadapan dan penciptaan pekerjaan baharu. – SM

Artikel berkaitan > KPDNHEP lancar program cabutan bertuah “Belanja & Menang”

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button