BanjirNasionalNegeri

148 keluarga mangsa ribut di Parlimen Padang Besar terima sumbangan

MANGSA kejadian angin ribut di Perlis pada 12 Julai lalu terus mendapat perhatian bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Terbaharu 148 keluarga di Parlimen Padang Besar dipanggil untuk menerima sumbangan wang tunai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer.

Ahli Parlimennya, Datuk Zahidi Zainal Abidin yang menyerahkan sumbangan itu berharap ia akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Zahidi melawat Rosnah setelah rumah berusia 100 tahun juga rosak akibat ribut.

Beliau sedia maklum ada kalangan mangsa yang terpaksa menumpang rumah saudara dan jiran serta melalui pengalaman pahit yang di luar jangkaan ini.

“Saya juga berterima kasih kerana sebelum ini beberapa pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang membantu penduduk di kawasan Parlimen ini,” katanya kepada media.

Hadir sama Ahli Dewan Undangah Negeri (ADUN) Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kejadian ribut kali ini telah melibatkan kesemua DUN Padang Besar di mana kebanyakannya mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan angin.

“Paling terus terjejas adalah di DUN Chuping dan Mata Ayer,” katanya.

Sebelum itu Zahidi juga melawat   Rosnah Daud, 70 di Kampung Lubuk Besar, Santan di mana rumahnya yang berusia 100 tahun juga rosak setelah bumbung diterbangkan angin. – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button