Sukan

Larian amal bantu pesakit buah pinggang

LARIAN amal ‘Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023’ anjuran Berryone Solution akan diadakan di Multimedia Universiti Melaka (MMU) pada 21 Mei ini.

Membawa slogan 1 Step 1 Love, objektif utama program ini bertujuan mengumpul dana sebanyak mungkin untuk membantu pesakit buah pinggang.

Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) dan Yayasa Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berkolaborasi bagi menjayakan program tersebut.

Pengarah syarikat Berryone Solution, Dave Koval berkata, NKF memerlukan kira-kira RM1.5 juta setahun bagi menyalurkan ubat-ubatan dan peralatan dialisis.
Ujar beliau, ubat-ubatan dan peralatan dialisis tidak ditampung oleh hospital kerajaan.

“Melalui program ini juga kita berharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

“Menerusi program seumpama ini, dapatlah kiranya dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media usai pelancaran larian amal ‘Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023’.

Beliau berkata, program seumpama ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menjaga buah pinggang.

Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi meminta orang ramai menderma kepada dana sebagai tanda perikemanusiaan dan prihatin terhadap nasib pesakit buah pinggang.

“Aktiviti ini dilakukan secara beriadah yang dapat membantu menyihatkan orang ramai. Justeru kami menyeru kepada masyarakat di luar sana tanpa mengira lapisan agar turut sama menyertai acara larian ini pada bulan Mei nanti,” katanya.

Disasarkan 5,000 peserta menyertai larian dan ia dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu larian sejauh 10 kmdan dua kilometer bagi peserkat golongan kurang upaya (OKU)>

Turut di meriahkan oleh artis undagan, Aril Pilus, P. Radhi, Adline Tsen, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.

Yuran pendaftaran dikenakan kepada peserta sebanyak RM60 bagi 2,000 penyertaan awal manakala RM75 dikenakan bayaran selepas tarikh tutup pendaftaran awal manakala bagi peserta OKU, percuma.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai amal ‘Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023’ boleh membuat pendaftaran sebelum 20 April 2023 denbgan cara muat turun aplikasi Vomos di Apple App Store dan Google Play Store. – SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button