MahkamahNasional

Bekas kontraktor didakwa perdaya, guna dokumen palsu untuk projek pembinaan

SEORANG bekas kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas dua pertuduhan memperdaya dan menggunakan dokumen palsu berhubung projek pembinaan blok bangunan bilik darjah sebuah sekolah rendah di Hulu Selangor pada 2016.

Bagi pertuduhan pertama, M Sivanesan, 35, didakwa memperdayakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Hulu Selangor dengan mendorong persatuan itu menyerahkan wang sebanyak RM285,000 kepadanya bagi menyiapkan pembinaan satu blok bangunan mengandungi tiga bilik darjah.

Sivanesan dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank di Sungai Buloh, dekat sini antara 24 Ogos 2016 hingga 26 Okt 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi pertuduhan menggunakan suatu dokumen palsu dengan menunjukkan kepada Ahli Mesyuarat PIBG sekolah sama iaitu dokumen surat setuju terima Jabatan Kerja Raya berhubung cadangan pembinaan blok tambahan baharu unit bilik darjah sekolah itu pada 26 Okt 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. – FMT – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button