NasionalPolitik

Galak Menghentam Zionis, Terlupa Bersarangnya Freemason Bersepah Dalam Malaysia

Baguslah sudah ada kesedaran dalam kalangan umat Islam di Malaysia untuk menghentam kekejaman tentera Zionis yang tidak berhenti menghalau penduduk asal Palestin untuk mewujudkan negara haram, Israel.

Namun dalam kelantangan mengecam semut di seberang lautan, apa pula cerita dengan gajah depan mata yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu yang berdaulat ini?

Gajah depan mata yang dimaksudkan penulis adalah gerakan Freemason yang cukup terkenal memperjuangkan kehidupan duniawi yang cukup sempurna untuk golongan elit.

Ramai pihak sudah bercerita tentang bahaya Freemason ini namun melihat keadaan hari ini, menggerakkan Freemason di Malaysia seperti bukanlah satu dosa yang serius.

Berikut adalah penulisan Izz Idzhan berkenaan kewujudan Freemason yang semakin ‘selamba’ menerusi laman Facebooknya :

Yup..aku ada buat posting berkaitan sebuah bangunan unik seakan akan masjid yang terletak di Bukit Jalil..tapi masih ramai yang tak sedar dan masih ramai yang ragu ragu..

Dan betul, ini adalah bangunan Freemason atau lebih dikenali sebagai “Hall of Freemansory”…dan ianya di Malaysia guys..

Macam mana ia boleh berdiri megah di Malaysia?? Jangan tanya aku, tanyalah pihak yang berwajib..

Freemason dah wujud di Malaysia sejak 180 tahun dahulu dengan bangunan pertama dibina adalah di Kedah…even di tempat aku, di Kuantan pun dah ada..tapi ramai yg tak sedar kehadiran semua ni secara diam-diam..

Korang semua kena terima hakikat..semua ni dah ada di Malaysia tapi aku sendiri tak tau atas faktor apa..faktor kebebasan beragama??

Entahlaa..sukar nak jawab..semua ni ada di sekeliling kita, bahkan orang yg berdiri di sebelah tuan tuan pun mungkin salah satu darinya..kita tak pernah tahu..

Dahulunya, bergerak secara sembunyi, kini tersergam indah di negara kita sendiri..dunia dah dipenghujungnya..
Siapa yang pernah dengar lagu Ical Mosh bertajuk fitnah, dalam tu 60 kali diulang “ini zaman fitnah”..

Mungkin esok lusa posting ini akan dipadam oleh fb..tapi cukup aku sampaikan untuk yg membaca..

SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.

(Riwayat Ibn Majah)

(Visited 3,064 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button