Nasionalpilihan

Kabin menara komunikasi terbakar berjaya dipulihkan dua hari lebih awal

KABIN menara komunikasi di Menara Felda Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu yang rosak akibat terbakar pada 30 Ogos lalu telah berjaya dibaik pulih.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa berkata, kabin tersebut berjaya dibaik pulih pada 4 September lalu iaitu dua hari lebih awal daripada yang dijangkakan.

“Ini membolehkan pengguna setempat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

“Kita juga merakamkan penghargaan buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta semua penyedia perkhidmatan terlibat yang komited melaksanakan kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi berkenaan secepat mungkin,” katanya.

Pada 31 Ogos lalu, MCMC memaklumkan terdapat kebakaran pada menara komunikasi yang telah memusnahkan semua peralatan di dalam kabin, bahagian dalam kabin dan bekalan elektrik di menara berkenaan namun tidak melibatkan struktur menara sedia ada.


Kerosaan peralatan pada menara itu telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di Felda Air Puteh, Lubuk Lesong, Kg. Paman, Ladang Boustead, Kg. Pasir Gajah, Kg. Lubuk Lesung, Kg. Pasir Semut, Kg. Tebak dan Kg. Teladas, Terangganu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.58 petang pada hari Isnin 30 Ogos 2021 lalu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Desabina Industries Sdn Bhd yang digunakan oleh pihak Celcom, Digi, Maxis dan UMobile. -SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button