Politik

Ka Siong puji Ahmad Faizal berjiwa besar

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dipuji kerana bersikap terbuka terhadap pengundurannya sebagai Menteri Besar.

Malah, beliau dikatakan berani dan tenang mengumumkan kemelut politik di Perak selesai ketika membahaskan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudian menerima tepukan gemuruh dan laungan ‘Steady Peja’ daripada Ahli Parlimen kerajaan.

“Bergema dewan dengan laungan “steady Peja”!

“Saya respec Peja (Ahmad Faizal) dengan ucapannya hari ini dan juga ucapan terakhir beliau sebagai MB (Menteri Besar) Perak di DUN (Dewan Undangan Negeri) Perak lalu. Peja benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa besar dan ‘gentleman’!”

Demikian puji Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ayer Hitam, Wee Ka Siong dalam satu kenyataan dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Ahmad Faizal disifatkan sedemikian dan tidak melenting apabila beliau tidak menerima sokongan cukup ketika usul undi tidak percaya dibentangkan dalam DUN Perak baru-baru ini.

Malah, beliau juga pernah berjanji untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau polemik politik.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bersetuju memilih Datuk Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persetujuan itu dicapai atas dasar permuafakatan BN dan Perikatan Nasional (PN). Malah BN juga sebelum ini menegaskan kerajaan PN perlu dikekalkan di Perak. – SM

(Visited 916 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button