NasionalNegeri

84 pelajar terima RM100 daripada KWAPM

AHLI Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Pasoh 4 (F), Simpang Pertang, Jelebu.

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini melibatkan 84 orang pelajar yang layak dan setiap pelajar akan menerima wang tunai RM100 daripada KWAPM.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan mereka dan meningkatkan taraf pendidikan pelajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain daripada Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM, turut diadakan acara Majlis Pecah Tanah Surau Baharu.

Majlis ini dilancarkan sebagai simbolik permulaan bagi membina surau baharu yang akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh 4 (F).

Beliau berkata, pelaksanaan projek dijangka akan siap dibina dalam tempoh tiga bulan setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS).

“Komposisi pembangunan surau baharu ini mempunyai keluasan 28′ x 18′ kaki persegi dan mampu memuatkan hampir 180 orang Jemaah,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pembinaan surau baharu ini juga adalah hasil sumbangan daripada Jalaluddin berjumlah RM100,000 melalui dana Projek Mesra Rakyat.

Majlis ini turut dihadiri Noor Azmi Yusof, bekas ADUN Kawasan Pertang, Tuan Putra Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol, ASP Rasidi Abd Rashid, wakil Ketua Polis Daerah Jelebu, Kamarul Azizi Dolah, Guru Besar SK Pasoh 4 (F) dan Wan Asmat Wan Ngah, Yang Dipertua PIBG SK Pasoh 4 (F). – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button