Nasional

Elak kekeliruan sektor ekonomi boleh beroperasi semasa PKP

KERAJAAN harus konsisten di dalam kaji semula sector-sektor yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP ini.

Kebenaran sektor-sektor berkenaan telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai lapisan pihak berhubung potensi penularan wabak Covid 19.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H. Puvaniten berkata, kita berada di dalam PKP Fasa ke 3, ia amatlah penting bagi kita memutuskan rantaian penularan wabak Covid 19.

“Kita tidak mahu sebarang kekeliruan yang berlaku di kalangan rakyat berikutan pengumuman ini. Ada sector-sektor yang boleh menyumbang kepada kontak rapat sekali gus menjurus kepada peningkatan kes,” katanya.

Puvaniten berkata, kita harus memutuskan penularan wabak ini secara muktamad dan tidak mahu ada jangkitan baru yang berulang berikutan ada sector yang dibuka. Ia mungkin boleh ditangguh lagi kerana keselamatan dan nyawa adalah lebih penting di dalam krisis kronik ini.

Tujuan PKP, katanya adalah untuk menyelamatkan nyawa orang. Penjarakkan sosial juga akan menjadi cabaran utama di sini.

Puvaniten berkata, sebarang pengumuman pembukaan sektor-sektor ini perlunya mempunyai kordinasi dan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sama ada pembukaan sessuatu sektor boleh menambah jangkitan Covid 19 atau tidak.

Kelmarin Dr Noor Hisham telah pun menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan kita berada dalam pemulihan.

Memandangkan keadaan semasa di negara kita belum pulih sepenuhnya lagi.

Sebagai langkah pencegahan, semua sektor industri perlu menangguhkan dahulu operasi.

Ditambahi dengan reaksi rakyat kita yang boleh meramal bagaimana sector-sektor ini boleh menyumbang ke arah jangkitan baru.

Menurut Puvaniten, kerajaan perlu memikirkan semula keputusan mereka mengenai perkara ini.

Satu kata putus harus diambil segera berhubung pembukaan 9 sektor ini agar setengah-setengah pihak tidak mengambil kesempatan berhubung keadaan semasa.

Kerajaan dengan segera perlu mempertimbangkan semula kesihatan dan keselamatan orang ramai serta menarik semula kebenaran 9 sektor ini dalam tempoh kritikal ini.

Puvaniten berkata, walaupun sector-sektor tertentu menjejaskan ekonomi, pada masa kini haruslah diingat yang penting adalah keselamatan nyawa.

Kalau kita boleh mengurangkan kuantiti jangkitan dan kalau semua bekerjasama untuk patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kita boleh kurangkan lanjutan dalam Covid-19 ini. 

“Dan apabila Covid-19 telah kurang dalam komuniti, barulah kita boleh buat bagaimana kepastian atas nasihat KKM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut,” katanya. – SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button