BanjirBencana alamLuar Negara

7 maut termasuk 4 pelarian Rohingya tanah runtuh di bandar Cox’s Bazar

HUJAN lebat dan tanah runtuh di bandar pantai Cox’s Bazar, Dhaka dan tenggara daerah Bandarban di Bangladesh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk empat pelarian Rohingya, kata pegawai, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam di Cox’s Bazar, Atish Chakma mengesahkan tanah runtuh telah mencederakan seorang lelaki dan mengakibatkan kematian seorang wanita Rohingya dan anak perempuannya berusia setahun dari kem pelarian Rohingya di Ukhiya.

Dua lagi kanak-kanak maut dalam runtuhan sebahagian gunung di kampung terpencil Chakaria di Cox’s Bazar, seorang pegawai polis, Muzibur Rahman, menurut Agensi Anadolu.

Seorang lagi lelaki maut ketika menyeberangi sungai untuk mengutip kayu di lokasi sama, menurut Pengerusi Chakaria Upazila Fazlul Karim Saidi.

Tanah runtuh di Alikadam di daerah Bandarban mengorbankan dua lagi etnik Rohingya, kata Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian, Mohammed Mizanur Rahman.

“Penyelarasan sedang dibuat untuk menempatkan semula pelarian Rohingya di kawasan yang terdedah kepada banjir kilat dan tanah runtuh.

“Kira-kira 100 orang Rohingya telah dipindahkan daripada kawasan terdedah bencana ke tempat yang lebih selamat,” tambahnya.

Menurut pentadbiran daerah Bandarban, lebih 8,000 orang telah berlindung di pusat perlindungan kerajaan.

Lebih 200,000 orang di daerah Cox’s Bazar telah terjejas akibat hujan berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya Muhammad Shaheen Imran. – SM

BACA Tanah runtuh di laluan menuju Cameron Highlands

BACA 5 pendaki, pengawal keselamatan diselamatkan dari Bukit Makro selepas tanah runtuh

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button