Politik

Serangan terhadap PM dan Annuar Musa – isu perjanjian dengan Muhyiddin

SERANGAN demi serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Annuar Musa tiada sebarang kesan kepada Perdana Menteri ataupun Kerajaan.

Mengapa? Kerana adalah menjadi hak atau prerogatif Perdana Menteri untuk membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak bagi membentuk satu Kerajaan yang baru, berwibawa, berintegriti dan amanah.

Asalkan Perjanjian tersebut tidak mempunyai unsur jenayah, salah guna kuasa mahupun rasuah.

  1. Seperkara yang penting, di dalam Perlembagaan UMNO, tidak ada disebut di mana-mana mengenai Perjanjian seumpama ini.
  2. Tidak ada Resolusi dari Perhimpunan Agong UMNO pun mengenai Perjanjian seumpama ini.
  3. Resolusi yang ada di Perhimpunan Agong UMNO Malaysia adalah, NO ANWAR, NO DAP.

Tetapi ada Perjanjian dan Statutory Declaration dibuat secara diam-diam dan sulit.
5.  Persoalannya, kenapa perkara seumpama ini tidak diambil tindakan oleh Lembaga Displin.

Sebaliknya tindakan kepada Perdana Menteri dari Parti UMNO pula, mahu diambil.

HAIRAN DAN PELIK. – SM

(Visited 1,052 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button