Luar Negara

Jumpa beg ingat ada wang tunai, rupanya mayat

SEBUAH beg bagasi ditemui disangkakan penuh dengan wang tunai, tetapi sebaliknya berlaku apabila dipercayai anggota badan ditemui.

Sebelum itu, sekumpulan remaja dekat Duwamish Head di Washington, Amerika Syarikat (AS) teruja dengan penemuan beg tersebut lalu memuatnaik video siaran langsung dalam aplikasi Tiktok.

Mereka menemui beg berkenaan berhampiran jeti ketika sedang bersiar-siar di sana sebelum menemui beg tersebut di celahan batu berhampiran gigi air.

BACA > Kes bakar kereta wanita disangka mabuk: 3 ditahan — Suara Merdeka

Teruja dengan penemuan tersebut, mereka membuat siaran langsung di Tiktok kerana menjangkakan dalam beg tersebut mengandungi wang tunai.

Namun, sebaik sahaja salah seorang daripada mereka membuka zip beg berkenaan, bau memualkan serta-merta keluar dari beg tersebut.

“Kami jumpa sebuah beg hitam. Mula-mula kami teruja kerana fikirkan ada duit yang banyak dalam beg tersebut.

“Tetapi, bau yang keluar dari beg itu sangat teruk.

“Buka beg itu. Ia menggelikan,” kata salah seorang daripada rakan mereka.

Sejurus penemuan tersebut, mereka melaporkan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat hal berkenaan.

Menurut laporan Daily Mail, Polis Seattle kemudian memaklumkan menemui dua buah beg yang sama mengandungi mayat.

Beg pertama dilapor ditemui pada malam sebelum itu.

Video berkenaan tular dalam media sosial apabila pengguna yang berkongsi muat naik itu menggunakan tanda pagar ‘jenayah dan bunuh’

Lapor portal itu lagi, kumpulan remaja berkenaan mengalami trauma dan menyatakan penemuan tersebut adalah paling mengerikan dalam hidupnya.

BACA > Udang, ketam, kerang, tiram diancam kepupusan — Suara Merdeka

“Sesuatu menakutkan berlaku hari ini dan ia mengubah kehidupan saya,” kata pengguna Tiktok UghHenry dalam kenyataan yang dimuatnaik bersama video tersebut. – Daily Mail

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button