JenayahNasional

Polis cari lelaki warga asing hendap pekerja wanita kedai serbaneka

POLIS sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja wanita yang bekerja di kedai serbaneka di Taman Sri Serdang seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Serdang, ACP A A Anbalagan berkata, suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu wanita itu di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini dan menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.

“Difahamkan suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.

“Suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada April lepas tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – SM

BACA Gaduh hingga maut, lelaki warga asing ditahan

BACA Lelaki warga asing ganggu suri rumah, pukul lelaki ditahan

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button