Politik

Azlan Man yakin kubu BN tetap kebal di Perlis

Tenang diasak pembangkang yakin tawan Perlis

SEKALIPUN parti pembangkang terus menggasak dengan provokasi Perlis bakal dirampas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Menteri Besar, Azlan Man tetap tenang malah optimis kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini masih sukar ditembusi.

“Kita tidak akan dengan mudah melepaskan kubu kuat BN ini dan tambahan pula di sepanjang sembilan tahun ini sebanyak RM32.6 billion nilai pelaburan telah dibawa masuk ke Perlis,” katanya.

Azlan yang juga penyandang kerusi DUN Bintong, menyatakan keyakinan bahawa kerusi Indera Kayangan dan Sena juga bakal dirampas kembali pada PRU15 ini.

“Apa yang saya lihat hari ini, pengundi China telah memberikan respon sangat positif,” katanya kepada media selepas mengadakan “walkabout” bersama lima calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seorang calon Parlimen Kangar di pasar pagi di hadapan panggung Mahkota, Jalan Jubli Perak, Kangar.

Ia melibatkan calon Parlimen Kangar iaitu Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya, Lim Wheng Khee (Indera Kayangan),
Saiful Daniel Mohd Yusof (Sena),
Kamaruddin Malik (Kuala Perlis) dan Hamizan Hassan (Kayang).

Azlan berkata, dengan respon positif dari pengundi Cina ini diharap akan diterjemah ke atas kertas undi.

Katanya, BN juga yakin calon Syed Daniel mampu mengibarkan kembali bendera di DUN Sena kali ini.

Begitu juga dengan kemampuan Wheng Khee katanyq calon baharu ini dijangka bakal menambat hati pengundi Indera Kayangan bagi memastikan kerusi BN diambil semula.

“Kita bukan sahaja mahukan BN menang di lima kerusi DUN malan juga Parlimen Kangar,” katanya.

Katanya, rakyat perlu yakin bahawa hanya BN sahaja mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.

Bagaimanapun kata Azlan, BN tidak boleh berpuas hati tetapi perlu bekerja lebih keras untuk memastikan BN menang dengan bergaya pada PRU15. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button