Mahkamah

Mahkamah Tinggi tolak permohonan pembubaran UMNO

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan 16 bekas anggota UMNO untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh ditetapkan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO, dan menegaskan keputusan sesebuah parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah.

Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan 16 individu berkenaan selaku pemohon.

Shamsul mewakili Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selaku responden pertama manakala Datuk Ab Rauf Yusoh dinamakan responden kedua, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam UMNO.

Kamaludin dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 terpakai dan ia mengecualikan bidang kuasa mahkamah dalam perkara membabitkan pertikaian antara anggota sesebuah parti politik.-BERNAMA

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button