Politik

Zahid perlu berundur jika mahu BN menang!

Sepanjang tempoh berkempen PRU15, jentera BN menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan Presiden UMNO iaitu Ahmad Zahid Hamidi.

Bencinya rakyat kepada Zahid Hamidi ini menyebabkan peluang BN untuk memenangi majoriti mudah pada PRU15 diramalkan sukar.

Bagilah apa jua survey, nama Zahid Hamidi pasti corot atau tiada langsung dalam senarai pilihan rakyat. Yang lebih membimbangkan, UMNO dan BN pun sudah ada trend kekalahan dari survey semasa. Sebab apa? Sebab rakyat memang meluat dengan figura, Ahmad Zahid Hamidi!

Zahid Hamidi yang masih terpalit dengan tuduhan rasuah, Zahid Hamidi yang angkuh ‘mematikan’ calon-calon “winnable” sehingga mencetuskan sabotaj dan boikot sehingga kawasan yang berstatus putih bertukar menjadi kelabu.

Ketika ceramah di AGM MIC , ucapan Zahid yang hendak melepaskan pemimpin BN daripada sebarang pertuduhan terus dijadikan senjata oleh pihak musuh untuk memutarkan kenyataan tersebut.

Naratif Zahid mahu segerakan PRU demi selamatkan diri walaupun ketika banjir juga terus dijadikan modal serangan lawan.

Serta, hasrat akar umbi supaya UMNO masuk bertanding atas semangat dan logo Muafakat Nasional juga terkubur begitu sahaja akibat gagalnya Zahid Hamidi berunding dengan baik.

Malahan, seakan rahsia umum yang Zahid Hamidi secara bersendirian seperti sudah memeterai perjanjian bersama Anwar Ibrahim bagi membentuk Kerajaan Campuran jika BN tiada majoriti mudah 19 November nanti.

Ini semua liabiliti buat UMNO dan BN. Kedegilan dan keangkuhan Zahid Hamidi mengingatkan kita kepada detik kekalahan UMNO dan BN pada PRU14 lalu. Andai Najib Razak ketika itu berundur, pasti UMNO dan BN masih menang.

Berita terbaru, pemimpin veteren UMNO dari Pantai Timur telah menasihatkan Zahid Hamidi untuk berdiam diri, jangan mengeluarkan kenyataan. Setiap kenyataan dari Zahid Hamidi dalam ucapannya akan membawa satu bencana dalam media sosial.

Jika kita perasan dalam seminggu ini, Zahid Hamidi dah kunci mulutnya untuk kesihatan parti.

Jadi, Ahmad Zahid Hamidi mestilah berjiwa besar. Jika sayangkan UMNO dan BN serta negara ini, umumlah pengunduran dari kerusi Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Berundurlah Zahid Hamidi sebelum terlambat.

Saya yakin, jika ini dilakukan Zahid menjelang hari-hari terakhir kempen PRU15 ini, pasti tsunami undi majoriti kepada UMNO dan BN akan terhasil. Segala umpan dan dakyah PH dan PN akan terkubur begitu sahaja.

Demi agama, bangsa dan negara, jadilah Hero sebenar kami. Zahid Hamidi akan dikenang dalam lipatan sejarah UMNO sebagai pemimpin berjiwa besar!

(Visited 695 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button