Rencah Hidup

Harga tiket penerbangan ke Sarawak tidak masuk akal

Isu harga tiket penerbangan yang mahal terutamanya pada musim perayaan bukanlah satu isu yang baharu, namun ia masih kekal berlanjutan sehingga ke hari ini tanpa ada penyelesaian.

Harga tiket penerbangan yang mahal ini menyukarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk membeli tiket pulang ke kampung terutamanya bagi golongan yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak.

Satu perkongsian daripada pemilik akaun Twitter iaitu @aripfredo yang menjadi tular di Twitter apabila dia mengeluh ketika melihat harga tiket penerbangan ke Sarawak yang tidak masuk akal dan mahal.

Dia turut membuat perbandingan harga tiket ke Sarawak dengan harga tiket ke London yang sedikit lebih murah.

Di laman web Malaysia Airline (MAS), harga tiket ke Sarawak untuk tarikh tersebut bagi kelas ekonomi adalah RM1,499.18 berbanding harga tiket ke London iaitu RM1,469.

Perbandingan itu ditulis dalam ciapannya di Twitter di samping menyuruh syarikat MAS untuk membuat penerangan berkenaan harga tidak masuk akal itu.

Tambahnya, syarikat penerbangan lain turut menunjukkan kenaikan harga tiket dan dapat dilihat bahawa ciapannya telah mendapat perhatian dan balasan daripada pihak MAS yang menjelaskan mengapa perkara itu terjadi.

“Harga yang ditetapkan adalah secara dinamik dan sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran.

“Harga tiket juga adalah bergantung kepada tarikh dan masa yang dipilih,” katanya.

Namun begitu, maklum balas tersebut tidak memuaskan hati sesetengah pihak serta berharap pihak mereka boleh menyelesaikan isu berkaitan tiket mahal ini.

Netizen berharap agar isu ini dapat diselesaikan supaya mereka yang ingin pulang ke kampung halaman terutamanya di Sabah dan Sarawak dapat berbuat demikian tanpa terbeban dengan bayaran mahal untuk membeli tiket. – SM

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button