Hiburan

Pelakon, produksi disumpah dalam Sumpahan Jerunai.

Filem Sumpahan Jerunai bukanlah satu filem yang biasa namun ia merupakan kisah yang merungkai sejarah misteri terdapat di sebuah perkampungan Melanau, Sarawak.

Para pelakon dan penerbit dalam filem sumpahan Jerunai

Merupakan kisah benar yang merungkai misteri adat pengebumian golongan bangsawan pada abad-13 Melanau dengan Jerunai yang pernah terjadi di Kampung Tellian Mukah.

Menurut Penerbit filem ini Datuk Wenddy Wong, mengambil masa enam tahun untuk disiapkan manakala dua tahun masa diperuntukan untuk melakukan penyelidikan.

“Pihak kami melakukan Pendidikan dan tesis ini dalam masa dua tahun, malah kami juga merujuk Majlis adat istiadat Serawak (MAIS), tesis tersebut turut dipamerkan di Serawak.” Katanya semasa sesi sidang media selepas majlis pelancaran filem tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Uqasha SenroseSyafie Naswip, Daiyan Trisha dan ramai lagi, arahan dari Jason Chong mampu diharap menjadikan filem ini boleh diterima oleh ramai.

Dalam filem ini terdapat dua pelakon wanita yang perlu lalui cabaran untuk menjayakan watak mereka iaitu Uqasha dan Daiyan.

Uqasha berkongsi pengalamannya perlu berenang ke sungai yang keruh dan berbau untuk menjayakan wataknya.

Uqasha berkongsi pengalaman dalam menjayakan filem Sumpahan Jerunai

“Saya perlu berenang ke dalam sungai yang keruh dan berbau dan masa yang masa scene saya ditarik ke bawah dilakukan dalam kolam renang yang dalam seperti under water scener, semasa lakukan scene tersebut macam-macam saya lalui sehinggakan saya ternampak anak buaya dan ular, tapi nak tak nak sebagai seorang pelakon saya perlu lakukan untuk tanggungjawab.

Bagi Daiyan pula semasa lakukan proses pengembaraan tersebut dia menghadapi serangan panik ketika menjayakan babak dalam lumpur.

Daiyan turut berkongsi pegalamanya

“Masa untuk lakukan untuk first take saya terkena serangan panik sebab untuk scene tersebut krew tersebut akan tarik saya ke dalam lumpur dan saya perlu lemas secara sendiri, scene ini sangat mencabar bagi diri saya.

Namun terdapat kekurangan filem ini dari segi teknologi CGI berikutan kerana isu pengarah teknologi dari Amerika Syarikat yang mempunyai isu dalaman bersama produksi.

Walaubagaimanapun seluruh produksi berjaya untuk menghabiskan filem ini yang akan ditayangkan pada 27 Julai di seluruh pawagam dan Sumpahan Jerunai ini juga akan ditayangkan di Aiffa Serawak.

Mungkin di Malaysia masih lagi ketandusan budaya tentang adat, diharap akan banyak lagi pelbagai filem budaya di Malaysia.

 

Artikle Berkaitan ;>

Serangan berterusan, Uqasha Sensrose dituduh pembuli semasa zaman sekolah

“Awak pilihlah nak yang mana, ke nak saya?” – Daiyan Trisha

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button