Nasional

ATM siap sedia hadapi ancaman semasa PRN Sabah

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang ancaman termasuk berkaitan kemasukan besar-besaran Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari negara jiran ke Sabah yang bertujuan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Perkara itu ditegaskan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Affendi Buang berkaitan maklumat yang diterima polis itu.

“Melalui OP BENTENG yang dioperasikan oleh National Task Force (NTF) dengan ATM
sebagai agensi peneraju bersama agensi keselamatan lain, kawalan persempadanan maritim dan
daratan bukan sahaja di Sabah malah diseluruh negara akan terus diperkukuh setiap masa.

“Dengan penglibatan dan kerjasama padu anggota serta aset-aset dari semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan, ia diaturgerakkan secara terancang terutama dalam memberi tumpuan kepada aspek kawalan, keselamatan dan kesejahteraan di Sabah bagi melancarkan proses pilihan raya negeri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, masyarkat tempatan turut diminta menjadi mata dan telinga kerana kedaulatan Negara merupakan tanggungjawab bersama dan bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan semata-mata.

Tambahnya, masyarakat terutama di Sabah digesa untuk bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat pencerobohan PATI dan aktiviti jenayah rentas sempadan malalui talian hotline Pusat Operasi NTF di talian 011-62511223.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mendedahkan berkaitan maklumat mengenai kemasukan secara besar-besaran rakyat negara asing untuk membuat kekacuaan pada hari Sabtu ini, hari pengundian. -SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button