Ekonomi

Jualan Murah Keluarga Malaysia akan diteruskan selaras bajet 2023

Sebanyak RM55 bilion telah Kerajaan peruntukkan untuk kos sara hidup antaranya kawalan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

“Kerajaan komited untuk memastikan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel sampai ke tangan penduduk luar bandar pada harga yang berpatutan.

“Tahun hadapan, sebanyak 200 juta ringgit disediakan bagi menampung kos pengangkutan dan pengedaran barang keperluan,” katanya.

Tambahan kerajaan juga akan memperluas manfaat program ke 23 kawasan baharu termasuklah Kampung Passin di Mukah, Sarawak dan Kampung Tawayari di Lahad Datu Sabah. 81.


Melihat Program Jualan Murah Keluarga Malaysia dapat sambutan yang baik sejak Ogos lalu Tengku Zafrul akan meneruskan selaras bajet 2023 di seluruh Malaysia.

Program ini mempunyai peruntukan sebanyak RM100 juta ringgit.-SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button