NegeriRencah Hidup

Jualan amal Pulut Kucai Harumanis Perlis

MUSIM harumanis sudah berlalu tetapi pengunjung Perkampungan Sunnah Siri 7 di Masjid Alwi, Kangar bermula hari ini hingga 19 Jun boleh menikmati keenakan mangga ini jika membeli “Pulut Kucai Harumanis Perlis”.

“Pulut Kucai Harumanis Perlis” dalam warna bendera Perlis iaitu  kuning dan biru dijual dengan harga RM5 sebekas.

Pengisian majlis ilmu di Perkampungan Sunnah Siri 7 di Masjid Alwi, Kangar bermula dari 17 hingga 19 Jun.

Jualan amal ini diadakan di reruai pameran Persatuan Al Islah Perlis bagi mengutip dana Pusat Jagaaan Anak Yatim/ Miskin Teratak Rahmat.

Membeli “Pulut Kucai Harumanis Perlis” sambil beramal antara aktiviti sampingan untuk pengunjung

Perkampungan Sunnah yang diperkenalkan di Perlis pertama kali pada 8 hingga 10 Mei 2015.

Program cetusan idea Mufti Perlis ini dianjurkan sempena Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis Ke-72.

Kejayaan penganjuran program ini telah mendapat perhatian daripada Raja Perlis dan menitahkan agar dijadikan sebagai acara tahunan.

Konsep Perkampungan Sunnah ini ialah bercorak pengajian pondok yang mana ia sebagai satu wadah menjadikan Perlis sebagai negeri ilmu.

Lebih 30 penceramah dari seluruh negara terlibat dalam Perkampungan Sunnah Siri Ke-7.

Ia berpusatkan pengajian dan penyebaran ilmu yang berteraskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tema bagi Perkampungan Sunnah kali ini adalah “Bangkit Membela Sunnah”.

Lebih 30 penceramah terkemuka di seluruh negara terlibat dalam Perkampungan Sunnah kali ini.

Perkampungan Sunnah kali ini bakal menyajikan pengisian ilmu dan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Kemeriahan program ini turut melibatkan aktiviti sampingan seperti reruai pameran dan gerai jualan dimana telah disediakan sebanyak 60 gerai jualan.

Selain itu berbagai acara menarik turut disediakan seperti  sukan, acara kesenian, derma darah dan sebagainya. – SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button