BeritaNasional

KPDNHEP hapus had jualan murah

PENIAGA kini bebas mengadakan jualan murah mengikut kreativiti perniagaan masing-masing.

Pengumuman itu dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas meminda Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah).

Menurutnya, dasar itu digubal bagi memberi manfaat kepada rakyat melalui kaedah jualan murah yang lebih banyak.

“Peraturan sebelum ini menghadkan penganjuran jualan murah sebanyak empat kali setahun dan tiga daripadanya ditetapkan tempoh dan tarikh oleh kerajaan melalui warta.

“Justeru ia tidak memberi fleksibiliti dan menyekat peniaga untuk menganjurkan jualan murah mengikut kreativiti masing-masing,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya malam tadi.

Tambah beliau, walaupun peniaga diberi kebebasan namun kementeraian turut mewujudkan peruntukan kesalahan baharu bagi melindungi hak pengguna.

“Peruntukan kesalahan baharu kepada peniaga yang membuat pernyataan palsu atau mengelirukan di dalam iklan-iklan murah.

“Ini bagi menjamin aktiviti perniagaan jualan murah yang diadakan beretika dan tawaran harga yang dipamerkan adalah benar,” ujarnya. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button