NasionalNegeri

Perlis diharap jadi negeri pertama catat indeks NCD paling kurang

Perlis diharap bakal menjadi negeri pertama di Malaysia mencatat indeks Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) paling kurang dan paling cepat hasil pelancaran Program Perlis Hebat: Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini.

Ini berikutan hasil kajian ‘Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2019 telah mendapati Perlis mempunyai prevalen faktor risiko NCD seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis yang tertinggi di Malaysia.

Marzita (empat dari kiri) dan Ismuni (enam dari kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas Program Perlis Hebat: Sihat Milik Semua di UTC Kangar hari ini.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari berkata, menerusi program seperti ini, pihaknya mahu rakyat Perlis memberikan sokongan sepenuhnya.

Sehubungan itu katanya setiap rakyat perlu menjalani saringan kesihatan kendiri bagi memastikan diri sentiasa dalam keadaan sihat.

“Buangkan rasa ketakutan (yang pastinya ada pada sesiapa sahaja) jika selepas saringan itu dikesan ada penyakit lain,” katanya.

Ismuni berkata, pihaknya akan memastikan rawatan segera akan diberikan supaya kembali pulih dan kembali sihat.

Marzita melancarkan Program Perlis Hebat: Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di UTC Kangar sambil disaksikan Ismuni (dua dari kanan).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Program Perlis Hebat, Sihat Milik Semua di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar.

Pelancaran dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datin Marzita Mansor yang mewakili Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan.

Pada majlis ini juga diadakan senam robik dan juga Fun Walk selain pelbagai aktiviti untuk semua peringkat warga. – SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button