Politik

Young Syefura antara lapan yang dilantik menganggotai JK Kesihatan

Pada penggal parlimen kali ini saya telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Kesihatan dan mesyuarat pertama JK Kesihatan telah diadakan semalam (22 Mei 2023) untuk memilih pengerusi JK dan juga menetapkan perancangan dan fokus untuk JK Kesihatan ini.

Saya ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada YB Dr Dzul, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang telah dipilih menjadi pengerusi JK Kesihatan untuk penggal ini.

Fokus JK Kesihatan adalah berkaitan dengan Kertas Putih Kesihatan dan RUU GEG.

Kertas Putih Kesihatan merupakan satu isu besar dan menjadi fokus utama JK Kesihatan kerana ia merangkumi pelbagai aspek kesihatan dalam negara kita dan perlaksanaan kertas putih ini dilihat dapat menjadi reformasi kepada sistem kesihatan Malaysia yang lebih baik.

Oleh itu perhatian yang khusus perlu diberikan untuk memastikan kertas putih ini mencapai matlamatnya.

Jika anda semua mempunyai isu-isu berkaitan dengan sistem kesihatan negara yang boleh diberikan perhatian dan siasatan oleh JK Kesihatan, anda boleh ajukan di ruangan komen.

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESIHATAN

PENGERUSI

Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor [PH]

AHLI
1. Yang Berhormat Dato’ Adnan bin Abu Hassan
Ahli Parlimen Kuala Pilah [BN] 2. Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman
Ahli Parlimen Bentong [PH] 3. Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew
Ahli Parlimen Sibu [PH] 4. Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar
Ahli Parlimen Batu Pahat [PH] 5. Yang Berhormat Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran
Ahli Parlimen Batu [PH] 6. Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi
Ahli Parlimen Kuala Langat [PN] 7. Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak
Ahli Parlimen Kuala Nerus [PN] 8. Yang Berhormat Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi
Ahli Parlimen Tanjong Karang [PN]

Kredit: Young Syefura

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button