Berita

JPJ Perlis capai sasaran sifar aduan rasuah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis telah berjaya mencapai sasaran ‘Sifar Aduan Rasuah pada tahun 2017 hingga 2019’.

Ia juga sentiasa memberikan perhatian dan keutamaan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan termasuklah pengurusan aduan dan pengurusan kewangan. JPJ Negeri Perlis telah mendapat Penghargaan Pencapaian Cemerlang Pengurusan Aduan Awam Tahun 2019.

Selain daripada itu, JPJ Negeri Perlis juga sentiasa gigih berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai dan pelanggan, selain perkhidmatan kaunter di pejabat JPJ Negeri dan UTC, melalui Perkhidmatan Mobil JPJ dengan pendekatan ‘Search and Serve’ JPJ Negeri Perlis telah diiktiraf sebagai “JPJ Mobil Paling Aktif Tahun 2019” dan mendapat sijil Penghargaan Khas dari Ibu pejabat JPJ Malaysia.

Demikian menurut mantan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali ketika mengadakan sembah mengadap perpisahan ke atas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena pertukaran beliau untuk menaiki pangkat ke Putrajaya yang diadakan di Galeri Diraja Arau.

Shahrul Azhar memulakan tugas sebagai Pengarah JPJ Negeri Perlis bermula 17 Julai 2017 sehingga 2 Januari 2020.

Menurut beliau, JPJ Negeri Perlis melalui pasukan KIK SMART iK juga telah berjaya menginovasikan produk ‘Lamp Mulfunction Detector (LMD)’ yang telah muncul Johan Keseluruhan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPJ Malaysia 2019 dan mendapat tempat kedua persembahan terbaik serta tempat ketiga persembahan montaj terbaik di Konvensyen tersebut. JPJ Perlis juga mendapat tempat ke-3 keseluruhan dan Naib Johan Kategori Pameran di Konvensyen KIK peringkat Kementerian Pengangkutan Malaysia 2019.

Beliau turut menambah bahawa usaha berterusan untuk mewujudkan budaya ‘Pemanduan Berhemah dan Kepatuhan’ kepada peraturan undang-undang jalan raya di kalangan pengguna kenderaan dan jalan raya akan dilipatgandakan.

Antara kes yang agak serius di negeri Perlis ialah ketidakpatuhan kepada lampu isyarat. Berdasarkan perbandingan statistik JPJ Negeri Perlis, telah berjaya menurunkan kesalahan ketidakpatuhan peraturan jalan raya khususnya kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat apabila 324 kesalahan dapat di kesan pada tahun 2019 berbanding 485 kesalahan pada tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 33%. Perkembangan positif ini dianggap berjaya mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna-pengguna jalan raya di negeri ini dan memberikan sudut pandang yang baik kepada pelancong-pelancong yang datang ke Perlis.

Untuk rekod, JPJ Negeri Perlis juga telah menjadi Johan Program iLead Exploration 3.0 Edisi INTAN 60 tahun pada 27 hingga 29 Julai 2019, mengalahkan 31 pasukan lain dari seluruh negara yang mengambil bahagian. Program tersebut telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara.

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button